luv you all always....

Daisypath Friendship tickers

15 August 2010

Kelebihan Ramadhan

Assalamualaikum wbt.

Terlalu banyak fadhilat dan ganjarannya tentang Ramadhan jika ingin di tuliskan satu persatu di dalam risalah yang ringkas ini.  Cukuplah kalau di nyatakan sebahagian kecil tentang keutamaan beribadat di dalam bulan yang mulia ini. Antara kelebihan-kelebihannya adalah seperti berikut :-

1.         Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
 "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
Hadis riwayat  Bukhari, Muslim & Nasaaei.

2.         Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
 "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."
Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3.       Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu” (Al Hadith)

4.       "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)

Begitulah sebahagian dari kelebihan-kelebihan tentang bulan Ramadhan. Ganjaran yang begitu besar  tidak ada pada bulan-bulan yang lain. Oleh itu marilah kita berusaha sedaya upaya agar kita meperolehi ganjaran yang tidak terhingga ini.

Marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan Ramadhan kali ini benar-benar dapat kita hayati agar kita dimasukkan ke dalam golongan yang di redhai Allah swt. Tadahkanlah tangan kita kehadrat Illahi memohon keampunan terhadap segala dosa yang telah kita lakukan samada secara sedar ataupun tidak. Sesungguhnya terlalu banyak dosa yang telah kita lakukan tanpa kita sedari baik dari segi perkataan, perbuatan mahupun tindakan kita. Ambillah peluang Ramadhan ini untuk kita memperbahrui taubat dengan Allah swt kerana belum tentu besok kita akan bertemu dengan Ramadhan lagi.

Panjangkanlah sujud kita di malam hari dengan penuh rasa rendah diri dan keinsafan terhadap kedhaifan yang ada di hadapan ketinggian Allah swt. Kita tidak akan berdaya berbuat apa-apa tanpa pertolongan dan kehendakNya. Semua yang kita perolehi hari ini adalah merupakan ehsan dari Allah swt kepada hambanya bagi melambangkan kasihNya terhadap makhluk yang di cipta.  Rendahkanlah diri dan perasaan kita di hadapnNya moga-moga kita di angkat kemuliaan di akhirat nanti.

Tatapi dan bertadaburlah dengan ayat-ayat suci Al Quran yang penuh cahaya dan merupakan pintu hidayah moga-moga jiwa kita akan sentiasa di basahi dengan kalimah Allah. Renungilah segala kalimah yang di ungkap biar pengertiannya benar-benar menusuk kedalam jiwa dan sanubari kita semoga dengan itu akan terbit rasa ketenangan dalam menghadapi segala kesulitan hidup.

" SEMOGA KITA SENTIASA BERADA DI BAWAH LINDUNGAN-NYA"

Assalamualaikum

No comments: